Wednesday, May 21, 2008

Sian Tun sudah mula merapu


Oleh: mentari senja
Penyakit Tun bertambah kronik dan kini sudah melalut tahap gaban, apa nak jadi ni, dia dah buat kita jadi meluat dan benci. Tak faham kenapa Tun jadi macam ini, macam orang gila talak.


Apa masalah dengan Tun, semalam dia suruh ahli UMNO tinggalkan UMNO tapi anaknya sendiri tak tinggalkan UMNO, dia juga tak beri ahli UMNO masuk mana-mana parti. Searananya tidak dilayan oleh ahli UMNO , mungkin Tun kata ...alang-alang dah malu ,buat lah sesuatu yang diluar jangkaan. Hari ini dalam blognya pula dia suruh Ahli Parlimen lompat parti tapi jangan masuk PR.


Mukhzani juga turut keluar parti , tapi ianya tidak meninggalkan kesan kerana Mukhzani bukan minat sangat dengan politik, dia hanya mahu mencari kekayaan di dunia. Tak faham apa yang telah berlaku dengan Tun, Rakyat dah mula naik meluat. Tun hanya manjatuhkan kewibawaan beliau sebagai negarawan dan mungkinkah satu hari Tun akan bercakap sendirian. Tak ada siapa yang boleh nasihat Tun sebab dia jenis yang tidak akan mendengar pendapat orang lain kerana dia merasakan bahawa dia yang paling bijak.


Tun tidak sayangkan UMNO. kalau dia sayangkan UMNO tentu dia tidak tinggalkan UMNO dan tentu dia tidak mahu melihat UMNO hancur, hari-hari dia mencari jalan untyuk menghancurkan UMNO ,walaupun katanya nak selamatkan UMNO tetapi beliau terus mahu menghancurkan UMNO hingga ke tahap gaban. Kesan juga tenguk Tun yang menghabiskan sisa kehidupan dengan menghancurkan UMNO.Ramai pemimpin UMNO merasakan Tun sudah mula merapu dan merasa simpati.


inilah petikan tulisan beliau dilaman blognya:
1. Kita banyak dengar tentang kemungkinan ahli parti Barisan Nasional lompat masuk parti lawan.
2. Jika 35 ahli masuk parti lawan, parti BN akan jatuh. Parti lawan akan menang dan akan dirikan Kerajaan.
3. Apa akan jadi pada wakil rakyat BN yang lompat? Mereka tidak akan jadi Perdana Menteri kerana sudah tentu pemimpin Pakatan akan jadi PM. Ahli-ahli Pakatan yang lain juga ingin jadi Menteri dan Timbalan Menteri.
4. Berapa tempat yang tinggal pada ahli BN yang lompat? Tentu tidak semua mereka akan dapat tempat. Mereka akan terus jadi pengikut Pakatan sahaja, seperti mereka mengikut Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum mereka lompat.
5. Jika Ahli Dewan Rakyat BN keluar dari BN tetapi tidak masuk parti lawan mereka akan bebas menyokong atau menolak undang-undang atau dasar parti Kerajaan atau usul-usul parti lawan. Mereka bebas mengecam parti Kerajaan jika melakukan kesalahan, demikian juga apabila parti lawan membuat atau pun melakukan perkara yang salah.
6. Jika jumlah yang tinggal BN cukup untuk kurangkan penyokong Kerajaan supaya tidak ada majority lagi, Kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah akan jatuh.
7. Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen.
8. Jika BN ganti Dato Seri Abdullah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi Kerajaan.
9. Ini adalah satu cara untuk memaksa Dato Seri Abdullah letak jawatan. Kemudian semua yang lompat boleh masuk balik parti masing-masing.
10. Percayalah, mereka daripada parti komponen BN yang telah sokong parti lawan PRU 12 akan kembali sokong BN apabila Dato Seri Abdullah bukan lagi Perdana Menteri.

Tuesday, May 20, 2008

UMNO perlu bersih dari orang macam Puad

oleh: Din Senai
Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO memberikan isyarat yang jelas bahawa pelan peralihan kuasa perlu dilaksanakan segera, demikian ditegaskan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd Puad Zarkashi.


Beliau yang menghormati keputusan Dr. Mahathir itu berkata, bagi meredakan keadaaan dan memastikan parti terus mendapat sokongan, beliau berpendapat cadangan pelan peralihan kuasa yang disebut sendiri oleh Perdana Menteri mesti segera dilaksanakan.

“Bagi saya, peralihan kuasa perlu segera dilaksanakan bagi mengelakkan UMNO porak peranda,” ujarnya sambil menambah pendiriannya itu berdasarkan perkembangan sudah ada ahli-ahli di peringkat akar umbi yang menghubunginya mahu mengikuti jejak langkah Dr.

Mahathir meninggalkan parti. Ditanya, adakah beliau akan mengikut jejak bekas Perdana Menteri itu, beliau menjelaskan, beliau akan terus berada dalam parti kerana yakin penyelesaian sesuatu amsalah boleh dibuat secara dalaman.

Beliau turut menjelaskan, ekoran keputusan yang dibuat oleh bekas Presiden UMNO selama 22 tahun tersebut, beliau menerima banyak panggilan telefon dan mesej melalaui sistem pesanan ringkas (SMS) yang menzahirkan hasrat mereka untuk mengambil langkah yang sama sebagai tanda protes kepada kepimpinan parti

Sejak bila pula Puad dilantik bercakap untuk pihak akar umbi, itu pendapat peribadai Puad , tidak semestinya Pak Lah terpaksa ikut cakap Mahathir,jika tidak Mahathir akan keluar parti. Jika itu pilihan Mahathir kita menghormati dan tidak semestinya kita kena turut kemahuan Mahahthir.

Jika Puad juga tidak puas hati dengan kepmipinan UMNO , Puad juga boleh keluar parti bersama Tun kerana selama ini pun UMNO tidak lagi mendapat kerjasama dan bantuan dari kumpulan Puad ini melainkan mendesak dan sentiasa tidak puas hati.

Di Johor juga ramai ahli UMNO yang mahu Puad turut langkah Tun, apa guna lagi bernaung di bawah UMNO jika tidak menghormati pucuk kepimpinan UMNO. Malangnya Puad penakut dan hanya berani menyalak tetapi tidak berani bertindak seperti yang dilakukan oleh Tun Dr Mahahthir.


UMN O perlu dibersihkan dari orang-orang seperti Puad ini.


Sunday, May 18, 2008

Kita hanya dapat ucapkan Selamat Jalan Kepada Tun

Elisya Hamdan utk Kpmu Selatan

Kita tidak dapat berkata apa-apa apabila Tun telah mengumumkan untuk keluar dari parti di hadapan 1000 orang ahli UMNO ketika berucap pada satu majlis yang dianjurkan oleh Himpunan Melayu Kedah di Alor Star pagi ini.


Beliau juga menyeru agar ketua cawangan dan ketua bahagian keluar dari parti sehingga Perdana Menteri meletakan jawatan.Itu hak beliau untuk menyeru , kita hanya tunggu apakah tindakan UMNO selanjutnya dan apakah respons ahli UMNO seterusnya dan ini mungkin adalah senjata akhir Tun dalam usaha untuk mendesak Perdana Menteri meletakan jawatan.

Di sini juga merupakan ukuran sejauh mana sokongan terhadap Tun selama ini oleh ahli akar umbi dan pemimpin UMNO. Kita perlu sedar sokongan kita adalah pada parti dan bukan kepada pemimpin individu.

Usaha meletakan jawatan sebenarnya bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik bagi sebuah parti dan sifat ini adalah satu sifat yang tidak matang . Cara yang Tun lakukan ini adalah satu cara diktaktor (kuku besi) di mana beliau mahukan semua ahli mengikut kehendaknya dan jika tidak mahu , beliau akan keluar parti , ini adalah satu ugutan.

Ahli UMNO sebenarnya telah merasa bosan dengan cara diktaktor Tun kerana selama ini kita perlu mengikuti sahaja kehendak Tun dan Tun akan dapat apa yang dimahukan selama ini dengan melakukan apa juga cara untuk mencapai matlamatnya.

Mungkin ramai yang akan mengikuti langkah Tun dan mungkin juga laman Pro Tun akan membuang slogan kelab menyokong UMNO kerana Tun tidak lagi berada dalam UMNO dan mungkin mereka juga akan menjadi orang yang pertama mengikuti jejak Tun keluar dari UMNO. Mungkin ada baiknya kerana ianya tidak akan lagi mencemarkan nama baik UMNO dalam setiap program yang mereka lakukan untuk memburukkan pemimpin UMNO dan kita dapat bezakan antara ahli UMNO dan juga bukan ahli UMNO.

Tun terlalu manja dan sering silap

Oleh : Tun Teja

Kata Mahathir lagi, soal pengganti Abdullah tidak perlu dibimbangkan. Sesiapa sahaja yang diberikan kepercayaan pasti mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Inilah kata-kata Tun dalam ucaptama di forum Pasca di Johor sabtu lalu.

Yang penting Pak Lah perlu disingkirkan. Di sini jelas kita lihat Tun sendiri tidak ada perancangan untuk mencari siapa penganti Pak Lah dan Tun terus melatah dan akan melakukan kesilapan lagi setelah beliau melakukan banyak kesilapan dalam keputusan penting beliau sebelum ini. Silap melantik Anwar Ibrahim, silap memilih Musa Hitam, silap menyingkir Tun Ghafar , silap memilih Pak Lah.


Apakah Tun sebenar silap atau Tun yang benar-benar silap.Tidak mustahil orang yang akan menggantikan Pak Lah nanti juga akan menjadi satu kesilapan lagi dan setiap kali berlaku kesilapan , setaip kali juga akan membebankan UMNO dan UMNO mengalami perpecahan. Lama -lama UMNO akan hancur dalam tangan Tun.


Berapa kali sudah UMNO berpecah dibawah tangan Tun...... Lahirnya semangat 46, Lahirnya PKR dan kini lahir pula satu kumpulan dalam UMNO yang bagaikan Anai-Anai yang mahu menghancurkan UMNO.


UMNO asli sudah tiada , UMNO sekarang bermula dengan ahli pertama yang bernama Tun Dr Mahahthir Mohamad dengan no keahlian 000000001. Tun telah merubah sejarah UMNO untuk memiliki UMNO secara mutlak, Tun juga telah mengikis pengasas UMNO asli , Dato' Onn Jaafar dan Tun juga telah menghakiskan keahlian pemimpin dan pejuang UMNO yang lalau seperti Allahyarham Tun Abdul Razak, Tengku Abdul Rahman , Tun Dr Ismail , Tun Hussein On n.

Berapakah Nombor keahlian mereka dan adakah mereka ini tersenarai dalam senarai nama ahli UMNO?

Tidak kah Tun mempunyai cara lain dalam mengendalikan perjalanan politik tanah air , hanya dengan mahu menyingkir sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan beliau ?

Itulah Tun terlalu manja, sehingga mengadu kepada awam mengatakan Pak Lah menghalang beliau bertemu dengan Najib, dalam dunia morden ini tidak siapa boleh menghalang sesiapa bertemu dengan sesiapa , kita ada kecanggihan internet, telifon bimbit dan bermacam-macam lagi. Tapi nawaitu Tun sebenarnya mahu menekan dan memburukan Pak Lah. Akhirnya beliau bertemu juga,

Bila bertemu, ceritanya sama saja , memburukkan UMNO dan pemimpin UMNO . Memburukkan presiden UMNO dan pemimpin UMNO , samalah seperti memburukkan UMNO.

Saturday, May 17, 2008

10 ingatan kepada Mukhriz

kelolaan : Mohd Faizal

Syabas kepada Mukhriz yang telah mengumumkan visi peribadinya sekiranya dipilih sebagai ketua pemuda umno di Johor Bahru semalam . Exco Pergerakan Pemuda UMNO ini berazam menggerakkan usaha menawan semula lima negeri yang diperintah oleh parti pembangkang pada pilihan raya akan datang jika diberi kepercayaan untuk memimpin sayap parti itu pada pemilihan Disember ini.

Kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, tanggungjawab untuk merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan parti pembangkang itu merupakan cabaran terbesar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Oleh itu, sesiapa juga yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan ini harus bersedia untuk memikul tanggungjawab dan cabaran besar ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum UMNO Pasca Pilihan Raya: Suara Hati Rakyat di Hotel M. Suites di sini hari ini.

Katanya lagi,, negeri yang ditawan parti pembangkang itu boleh ditawan semula sekiranya semua ahli UMNO bersatu padu dan bersama-sama memperjuangkan matlamat parti bagi menebus semula maruah agama, bangsa dan negara.

"Ini semua mampu kita laksanakan jika kepentingan rakyat menjadi keutamaan dan bukan kepentingan peribadi, keluarga, saudara mara mahupun rakan-rakan.

"Untuk menebus semula maruah bangsa, kita tidak harus mengamalkan sifat takut atau tidak berterus terang kerana itu semua tidak memberi kebaikan kepada parti," katanya.
Nota:

1.Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Mukhriz cuma satu persoalan yang menjadi tanda tanya adalah sekiranya Mukhriz tidak terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia apakah Mukhriz tidak akan berusaha untuk menawan kembali semua negeri yang telah ditawan oleh pembangkang. Apakah hanya dengan menjadi ketua pemuda UMNO sahaja Mukhriz akan berusaha untuk membantu UMNO.

2. Adalah lebih manis sekiranya Mukhriz berkempen secara tersendiri dan membayangkan kekuatan dan kualiti diri dari berkempen untuk memburukkan pemimpin negara dan meletakkan kesalahan kekalahan lima negeri ini kepada pemimpin tertinggi sahaja kerana Mukhriz juga bertanggungjawab untuk memmastikan UMNO tidak terlepas negeri-negeri ini pada pilihanraya yang lalu. Apakah sumbangan Mukhriz pada pilihanraya yang lalu.

3. Mukhriz juga perlu menghentikan perbuatan menikam pemimpin parti dan kempen besar-besaran sekarang memburukkan Presiden parti dan Naib Ketua Pemuda UMNO untuk menampilkan imej sebagai seorang calon yang berwibawa bukannya calon yang berdendam.



4. Imej yang dipotreykan oleh Mukhriz sekarang tidak ubah sebagai satu imej berdendam dan menikam calon yang akan bersaing dengan beliau menggunakan payung ayahnya. Cara yang mukhriz lakukan sekarang telah banyak menimbulkan reaksi yang kurang senang daripada pemuda sendiri kerana menggangap calon lain dalam UMNO sebagai musuh beliau yang paling besar dan tiada semangat setiakawan dalam pertandingan yang sepatutnya menjadi pertandingan kekeluargaan.

5. Mukhriz sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyumbang kekalahan barisan nasional yang kehilangan 4 negeri dan gagal menawan Kelantan kerana ayahanda beliau telah mengakui bahawa Tun adalah salah satu faktor kekalahan BN dalam PRU12 yang lalu. Mukhriz juga adalah antara satu penyebab Tsunami politik .

6.Nawaitu perlu diperbetulkan dan niat telah jelas , penentangan hebat dan pemburukkan besar-besaran yang berlaku sekarang adalah satu grand design Mukhriz untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.


7. Jika diperbandingkan trek politik antara Mukhriz dan KJ adalah hampir seimbang cuma KJ mengatasi Mukhriz dalam Pemuda UMNO.
Wakil Rakyat – Mukhriz _Ahli Dewan undangan Negeri dan KJ Ahli parlimen Rembau. Mukhriz anak kepada Mantan PM , Kj Menantu PM. Mukhriz Exco Pemuda – Kj adalah naib Ketua Pemuda. Pembabitan mereka dalam politik dalam jangka masa yang sama. Mukhriz lantang biadab kepada bapa mertua KJ . Kj menghormati dan menelan sahaja semua hinaan ayah Mukhriz kepada beliau dan keluarga.


8.Mukhriz sepatutnya berdiri kukuh dibelakang UMNO ketika UMNO menghadapi krisis dalaman yang melanda UMNO selepas pilihanraya yang lalu dan bukan bersekongkol dengan pembangkang untuk meruntuhkan UMNO dan untuk mendesak Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan , Mukhriz sepatutnya menjadi orang tengah antara ayahnya dan Perdana Menteri dan bukan menjadi petrol yang terus membakar dan memanaskan lagi keadaan dan berharap agar UMNO terus rentung.

9. Mukhriz sepatutnya menyatukan kembali UMNO dan bukan menjadi anai-anai yang cuba merobohkan institusi UMNO hanya kerana dendam peribadi antara keluarga Mukhriz dan keluarga Pak Lah.

10. Bertandinglah secara ‘Gentelman’ dan bukan dengan melontarkan kata-kata kesat memburukkan calon yang lain dan tampilkan kekuatan diri dan bukan memburukkan calon yang lain untuk menampilkan kekuatan diri.

Monday, May 12, 2008

Kereta api laju patut berakhir di Johor Bahru

KUALA LUMPUR 28 Mac – Beberapa ahli Parlimen berpendapat kepentingan negara khususnya rakyat di negeri Johor perlu diutamakan dalam membuat keputusan berhubung cadangan pembinaan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura.Sambil tidak menolak cadangan itu, mereka menegaskan, kesannya kepada rancangan pembangunan koridor selatan yang melibatkan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) perlu diambil kira.

Sehubungan itu, mereka berpendapat, jalan terbaik bagi memastikan manfaatnya dinikmati oleh rakyat dan negara adalah dengan memastikan perkhidmatan kereta api laju berkenaan berakhir di Johor Bahru dan bukannya, Singapura.Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim berkata, dengan berhenti di Johor Bahru, kerajaan dapat mengelak satu lagi perundingan dengan Singapura.‘‘Selain mengelak aktiviti bertumpu di republik itu, kita juga tidak perlu untuk menghadapi satu lagi situasi rundingan dengan negara luar, walaupun kita berjiran. ‘‘Kita masih ada banyak urusan yang tertangguh. Selesaikan yang tertangguh dulu dan baru buka urusan baru,” katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor mengulas kenyataan Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad yang mempersoalkan kewajaran penglibatan Singapura dalam projek kereta api laju itu.

“Singapura pernah menolak cadangan pembinaan jambatan baru ke sana tetapi kini (apabila merasa projek kereta api laju itu menguntungkan mereka), maka mereka mahu projek kereta api laju ini berhenti di republik itu,’’ kata Shahrir yang berpendapat kerajaan perlu berjaga-jaga dalam memikirkan program pembangunan agar tidak menjadi bahan jenaka.Kerajaan setakat ini belum memutuskan sama ada projek yang diinisiatifkan YTL Group itu akan berakhir di Johor atau Singapura.

Mengulas lanjut, Razali berkata, pandangan Shahrir itu mempunyai kebenarannya jika alasan Singapura sebelum ini diambil kira.‘‘Dahulu (apabila Malaysia mencadangkan pembinaan jambatan) mereka mengatakan tidak ada masalah untuk masuk ke Johor Bahru, walaupun dengan kesesakan lalu lintas. Jadi kita berharap isu kesesakan atau kesukaran tidak dijadikan alasan bagi menguatkan hujah mereka supaya kereta api laju berkenaan berakhir di Singapura,” katanya.Beliau menambah, isu itu tidak sepatutnya timbul kerana jika berhenti di Johor Bahru sekalipun masih banyak kaedah pengangkutan lain boleh diwujudkan sebagai pengangkutan sambungan ke republik berkenaan.

Dr. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata, kajian kesesuaian perlu didedahkan untuk penilaian semua pihak terlibat khususnya rakyat negeri Johor.‘‘Saya khuatir kalau kita hubungkan KL-Singapura dalam satu perkhidmatan terus dan tidak berhenti di Johor Bahru maka ia membawa kesan tidak baik kepada WPI dan Johor Bahru,’’ katanya.Beliau menambah, keadaan itu akan menyebabkan Johor kehilangan daya saing dalam pelbagai bidang.

‘‘Dalam dunia kejuruteraan, apa yang penting kalau kita merancang sesuatu perkhidmatan, kita mesti mendapat manfaatnya dan jika tidak, pengubahsuaian perlu dibuat,” katanya.Datuk Dr. Rahman Ismail (BN-Gombak) pula berkata, dua aspek yang perlu diutamakan adalah keuntungan ekonomi kepada negara dan keselesaan kepada rakyat.‘‘Pada saya ini bukan soal rasional tetapi soal berapa banyak yang negara akan mendapat manfaat. Pertama, keuntungan ekonomi dan kedua, keselesaan kepada rakyat,” katanya.

Batalkan Bina “Jambatan Bengkok” – UMNO JOhor Bahru Sokong YB Dato’ Shahrir.

Oleh : Borhan Bin Kassim.

Saranan yang dibuat oleh YB Dato Shahrir tentang pembatalan “Jambatan Bengkok” bagi mengantikan tambak johor merupakan satu saranan yang betul dan tepat pada masanya. Hasrat negara kita untuk membina jabatan ini sejak daripada mula lagi telah dilihat dan ditafsirkan oleh Singapura dengan rasa curiga sehinggakan kadangkala alasan yang diberi oleh perintah negara tidak musasabah. Contohnya bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong, beliau tidak mahu merobohkan tambak tersebut kerana banyak nostalgia.

Begitu juga dalam isu perkhidmatan keretapi KTM yang ketika ini berakhir di Tanjung Pagar, pihak negara tersebut seolah-olah tidak membenarkan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarintin (CIQ) dibina sedangkan jika dikaji kemungkinan besar perkhidmatan keretapi ke negara tersebut tidak membawa keuntungan kepada KTM.

Kita tidak mahu nanti dengan adanya dua perkara ini yang tidak membawa faedah yang besar kepada negara akan dijadikan alasan oleh Singapura untuk membuat perbagai-bagai pemintaan terutama sekali dalam hal-hal berhubung isu tertangguh antara kedua-kedua negara yang rundinganya akan diadakan pada bulan depan.

Selama ini kita dapati negara kita banyak beralah sehinggakan dalam perkara-perkara yang tidak masuk akal pun kita mengalah, contohnya soal harga air, sampai bila kita harus mengalah ?. Sesungguh apa yang telah disarankan oleh YB Dato’ Shahrir perlu di renung dan difikirkan dengan teliti. Bagi pihak UMNO Bahagian Johor Bahru, kami tetap berdiri teguh dibelakang pemimpin kami. Kami yang tinggal di Bandaraya Johor Bahru begitu dekat sekali dengan Singapura dan kami lebih maklum tentang isu-isu yang ada disini. Apalah guna duit yang banyak di curah kepada perkara yang kurang mendesak. Adalah lebih baik wang itu dilaburkan untuk keperluan dan keindahan Bandaraya ini bagi kesejahteraan rakyat dan Warga Johor.

SEMANGAT NASIONALISME AHLI UMNO JOHOR BAHRU MASIH KUAT – YB DATO’ HAJI SHAHRIR

Oleh : Borahan Bin Kassim
UMNO ialah sebuah parti perjuangan yang membela nasib agama,bangsa dan negara. Sejak ditubuhkan pada tahun 1946 sehinggalah hari ini.UMNO tidak pernah lari daripada landasan asal perjuangannya.Ahli-ahli UMNO pada masa yang lalu juga merupakan nasionalis yang berjuang untuk memastikan kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Kini setelah hampir setengah abad negara kita merdeka,kita tidak pasti sejauh mana semangat nasionalisme masih ada dikalangan rakyat negara ini terutamanya sekali di kalangan golongan muda yang lahir selepas kemerdekaan negara.Namun begitu di Johor Bahru walaupun kedudukan bersebelahan dengan negara jiran,Singapura yang memang terkenal dengan sebagai sebuah negara maju dan terdedah dengan arus kemajuan serta kemodenan yang berlaku di rantau inii dari segi semangat kemelayuan dan nilai-nilai kekampungan,cawangan-cawangan dan ahli-ahli UMNO Johor Bahru begitu kuat mengamalkannya.

Amalan politik sekampung dan juga pegangan terhadap isu-isu melayu walaupun tinggal di Bandaraya Johor Bahru.YB Dato’ Haji Shahrir Bin Haji Abdul Samad berkata demikian sewaktu berucap dalam program perkhemahan UMNO Bahagian Johor Bahru di Water City Resort,Melaka pada 17 hingga 19 hb Jun 2005. Beliau juga menyatakan bahawa program seperti itu bukanlah satu program baru malahan program ini pernah dibuat oleh UMNO Bahagian Johor Bahru sebelum ini di Pusat Membina Semangat di Mersing dan Teluk Ramunia,Kota Tinggi.Melalui program ini para peserta yang kebaanyakannya terdiri daripada ketua-ketua UMNO cawangan akan diberi input dari segi perkembangan politik semasa dan perjuuangan serta cabaran-cabaraan UMNO.


YB Dato’ Haji Shahrir juga mengucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Ali Rustam,Ketua Menteri Melaka kerana sudi hadir dan seterusnya merasmikan program tersebut.Dengan kehadiran YAB Datuk Seri Ali Rustam,tentunya akan dapat memberi pandangan dan idea agar UMNO Bahagian Johor Bahru terus bergerak di atas landasan yang betul dalam memperjuangkan nasib agama,bangsa dan negara.