Wednesday, May 21, 2008

Sian Tun sudah mula merapu


Oleh: mentari senja
Penyakit Tun bertambah kronik dan kini sudah melalut tahap gaban, apa nak jadi ni, dia dah buat kita jadi meluat dan benci. Tak faham kenapa Tun jadi macam ini, macam orang gila talak.


Apa masalah dengan Tun, semalam dia suruh ahli UMNO tinggalkan UMNO tapi anaknya sendiri tak tinggalkan UMNO, dia juga tak beri ahli UMNO masuk mana-mana parti. Searananya tidak dilayan oleh ahli UMNO , mungkin Tun kata ...alang-alang dah malu ,buat lah sesuatu yang diluar jangkaan. Hari ini dalam blognya pula dia suruh Ahli Parlimen lompat parti tapi jangan masuk PR.


Mukhzani juga turut keluar parti , tapi ianya tidak meninggalkan kesan kerana Mukhzani bukan minat sangat dengan politik, dia hanya mahu mencari kekayaan di dunia. Tak faham apa yang telah berlaku dengan Tun, Rakyat dah mula naik meluat. Tun hanya manjatuhkan kewibawaan beliau sebagai negarawan dan mungkinkah satu hari Tun akan bercakap sendirian. Tak ada siapa yang boleh nasihat Tun sebab dia jenis yang tidak akan mendengar pendapat orang lain kerana dia merasakan bahawa dia yang paling bijak.


Tun tidak sayangkan UMNO. kalau dia sayangkan UMNO tentu dia tidak tinggalkan UMNO dan tentu dia tidak mahu melihat UMNO hancur, hari-hari dia mencari jalan untyuk menghancurkan UMNO ,walaupun katanya nak selamatkan UMNO tetapi beliau terus mahu menghancurkan UMNO hingga ke tahap gaban. Kesan juga tenguk Tun yang menghabiskan sisa kehidupan dengan menghancurkan UMNO.Ramai pemimpin UMNO merasakan Tun sudah mula merapu dan merasa simpati.


inilah petikan tulisan beliau dilaman blognya:
1. Kita banyak dengar tentang kemungkinan ahli parti Barisan Nasional lompat masuk parti lawan.
2. Jika 35 ahli masuk parti lawan, parti BN akan jatuh. Parti lawan akan menang dan akan dirikan Kerajaan.
3. Apa akan jadi pada wakil rakyat BN yang lompat? Mereka tidak akan jadi Perdana Menteri kerana sudah tentu pemimpin Pakatan akan jadi PM. Ahli-ahli Pakatan yang lain juga ingin jadi Menteri dan Timbalan Menteri.
4. Berapa tempat yang tinggal pada ahli BN yang lompat? Tentu tidak semua mereka akan dapat tempat. Mereka akan terus jadi pengikut Pakatan sahaja, seperti mereka mengikut Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum mereka lompat.
5. Jika Ahli Dewan Rakyat BN keluar dari BN tetapi tidak masuk parti lawan mereka akan bebas menyokong atau menolak undang-undang atau dasar parti Kerajaan atau usul-usul parti lawan. Mereka bebas mengecam parti Kerajaan jika melakukan kesalahan, demikian juga apabila parti lawan membuat atau pun melakukan perkara yang salah.
6. Jika jumlah yang tinggal BN cukup untuk kurangkan penyokong Kerajaan supaya tidak ada majority lagi, Kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah akan jatuh.
7. Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen.
8. Jika BN ganti Dato Seri Abdullah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi Kerajaan.
9. Ini adalah satu cara untuk memaksa Dato Seri Abdullah letak jawatan. Kemudian semua yang lompat boleh masuk balik parti masing-masing.
10. Percayalah, mereka daripada parti komponen BN yang telah sokong parti lawan PRU 12 akan kembali sokong BN apabila Dato Seri Abdullah bukan lagi Perdana Menteri.

9 comments:

Anonymous said...

sian , harap Tun jangan terlalu emosional dan kini nampak bagaikan tertekan kerana terlalu sangat mahukan Pak Lah meletakan jawatan, Nampak macam Tun over doing dan amat sedih sekali apabila perasaan hormat rakyat akan terhakis. Jangan di ikiut sangat nasihat-nasihat dari mereka yang gila kan kuasa , yang penting adalah UMNO dan bukan nya individu. mmembenci biarlah berpada pada kerana jika terlalu membenci ianya akan membuat kita pula nanti dibenci.

Anonymous said...

Kata dua Mukhriz ancaman kepada parti Umno. Orang seperti mukhriz nin memang tak layak berada didalam UMNO. Nak jadi apa??? pengkhianat UMNO ke? mari kita ramai-ramai berpakat tolak Mukhriz dari Umno.

Anonymous said...

Baguslah Dr Mahathir tinggalkan Umno

TINDAKAN Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan meninggalkan parti yang telah disertai selama lebih 60 tahun dan telah meletakkan beliau dikerusi PM selama 22 tahun mungkin mengejutkan setengah orang.
Mereka yang selamanya merasai aroma kewangian jasa-jasanya atau termakan budinya tentu sedih dan terkejut dengan tindakan itu.

Namun bagi saya keputusan itu tidak sedikitpun merujakan. Malahan ianya sesuai dan kena pada tempatnya. Bahkan beliau tidak perlu mengambil masa begitu lama dan kesempatan pada Hari Wesek untuk mengisytiharkan keluar Umno sebaliknya sejak setahun lalu lagi.


Sikapnya yang mengkritik dan tidak dapat melihat (buta) satu pun kebaikan dan kebenaran tindakan Abdullah menyebabkan beliau bukan patut keluar sendiri dari Umno tetapi dipecat daripada parti berkenaan.

Sikapnya yang mengkritik dan tidak dapat melihat (buta) satu pun kebaikan dan kebenaran tindakan Abdullah menyebabkan beliau bukan patut keluar sendiri dari Umno tetapi dipecat daripada parti berkenaan.

Saya yakin kalau orang lain berada di tempat Mahathir sudah lamanya ianya dipecat atau dibuang dari Umno!

Tetapi kerana Umno ditangan Abdullah begitu baik dan amat berhati-hati untuk mengambil tindakan kepada ahlinya apa lagi orang ternama seperti Mahathir, telah memberi ruang luas kepada Mahathir untuk menganggu Umno!

Keputusan emosi Mahathir yang dibuat di Alor Star itu memberi kemenangan kepada Abdullah. Kita percaya ianya disambut dengan solat syukur oleh orang-orang dan pencinta Abdullah kerana ia meringankan beban Abdullah. Dengan keluarnya Mahathir kini tidak ada ada lagi duri dalam daging atau sampah dalam mata.

Pun begitu tindakan Mahathir itu ia bukan berakhir begitu saja. Mahathir sumpama tenggiling yang berpura-pura mati apabila terserempak dengan orang. Beliau ada motif lain berbuat begitu. Apa yang mungkin diingini Mahathir dengan tindakannya itu sebagai test satu merket menguji apakah pengaruh beliau masih ada.

Apa yang dilakukan itu satu lagi serangan mental ke atas Abdullah. Beliau mahu melihat apakah Abdullah tahan dengan berbagai suara dan juga ulasan yang bangkit ekoran dari tindakannya itu. Apa yang Mahathir ingin pamerkan ialah betapa busuk dan buruknya Umno di tangan Abdullah sehingga orang yang sesuci dan semulia beliau pun sanggup keluar!

Apa maksud beliau apabila menyeru ahli Umno mengambil tindakan sama dengannya tetapi jangan menyertai parti lain? Beliau juga mengatakan akan menyertai Umno apabila ianya tidak lagi dipimpin Abdullah. Ini menunjukkan kebencian yang melampau beliau kepada Abdullah.

Bagi Abdullah pula beliau tidak perlu merasa apa-apa dengan aksi Mahathir itu. beliau boleh menganggap perangai Mahathir itu seperti perangai budak kecil yang kecewa tidak dapat sesuatu barang yang dikehendakinya ia akan mogok makan. Atau pun tindakan itu sebagai buang tebiat! Anggapkah begitu sahaja.

Apa yang dapat dianalisakan juga jelas tuduhan pemerhati politik bahawa persaraan beliau tahun 2004 tidak ikhlas sebaliknya kerana terpaksa disebabkan reputasinya semakin memburuk adalah benar. Sekiranya kalau beliau benar-benar ikhlas untuk bersara beliau akan bersikap sebagai orang yang bersara dan tidak menyusahkan parti seperti mana-mana negawaran lain lakukan.

Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan lain-lain juga tidak senang dengan Umno di bawa kepimpinan Mahathir dulu. Mereka juga melontarkan teguran dan kritikan tetapi tidak beremosi dan berlandaskan dendam peribadi sampai menimbulkan pergolakan kepada parti seperti Mahathir. Mereka membuat kritikan konstruktif.

Kesimpulannya dengan keputusan Mahathir itu memberi kemenangan kepada Abdullah. Atau kalau tindakan Mahathir itu kerana tidak senang dengan menantu PM, ini bermakna Khairy Jamaluddin berjaya menganggu musim-musim persaraan Mahathir.

Menariknya permergian Mahathir akan mewujudkan satu ruang di dalam Umno. Sejarah telah mecatatkan bahawa Mahathirlah yang menendang keluarkan bekas TPM Anwar Ibrahim dari Umno. Apakah ruang kosong yang ditinggalkan beliau itu akan diisi semula oleh Anwar? Kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.

by:msomelayu

Anonymous said...

Aku kesihan dengan Tun, Tun dah nyanuk. Aku juga pelik kenapa mukhriz tidak mengikut jejak langkah bapanya. Mungkin terlalu tamakkan kuasanya kot. Dah la mukhriz aku rasa lebih baik kau tubuhkan Parti batu Parti DRM, ok tak...

Unknown said...

Tun merapu.

Ingat... HANYA Pak Lah yang tak pernah merapu, sentiasa hadhari dan tidak suka tidur.

Pak Lah PM Malaysia dan Presiden UMNO yang paling hebat dalam sejarah. Yang lain-lain boleh sapu bawah meja saja.

Hidup Pak Lah...!!!

Sekian, terima kasih.

p/s... bila dah tak jadi PM nanti Pak Lah nak duduk dalam UMNO lag ke...?

Unknown said...

UMNO Mesti Bersih Daripada:-
1. PakLah -Lembik tapi LINTAH
2. Najib - Korupt
3. KJ - Samseng
4. UMNO sendiri kotor oleh orang2 yang bodoh.
Sekarang dah zaman cyber....UMNO dah tar sesuai, ketinggalan zaman.
Tun Mahathir mengakuinya, dia kan DATOK korang jugak.
FIKIRKANLAH.....

Anonymous said...

assalamualaikum..
paklah mmg patut berundur sbb:
1. kekalahan PRU12; contoh, ketua bah. umno kaw yg kalah pun letak jawatan, knp die sndiri x letak??
2. umno skang bela pemimpin dan bukan parti. umno xmcm dulu..
3. dulu, UMNO, undur mahathir negara ok, tapi skg? PAS, Paklah Akan Sengsara.
4. Paklah slalu tido.
5. Paklah kurang membaca, x spt dr. M
6. anak Tun aktif politik selepas Tun berundur, tapi mnantu Paklah?? join PRU mase paklah bkuase.

nak pendekkan cite..paklah lembik..PRU11 5 tahun dulu bukan sokong paklah, tapi undi simpati sbb undurnya Tun.

Sedarlah Paklah..

Anonymous said...

Yo Pemuda Umno Johor, kenapa ikut ckp Pak Lah tak jadi buat jambatan bengkok? Pemuda Johor pun dah takut kat Spore mcm Pak Lah ke?
Lagi satu Hishamuddin Ketua Pemuda org Johor tu, kenapa pulak dia minta maaf kat cina pasal isu keris? Pemuda Umno Johor dah mula takut kat Cina ke?
Lagi satu Pemuda Umno Johor tak tanya ke KJ kenapa dia mengadap Anwar masa Anwar keluar jail? Katanya hantar paspot Anwar. Bila pulak Naib Ketua Pemuda Msia tu kerja dgn imigresen & bila pulak dia jadi posmen Anwar?
Pulau Batu Putih cam ne org Umno Johor?
Iskandariah kenapa bawak Spore dlm jion commitee? Org Spore lagi pandai pada org Johor ke?
Org Johor ni nak sokong Pak Lah sebab Pemuda Johor dah buta ke? Negeri PM sendiri skrg ni cina tadbir, lagi nak sokong Pak Lah.
Org johor tak tahu kena Patrick badawi @ Patrick Lah kaya raya masa Pak Lah & dia juga kawan baik KJ.
Pemuda Johor tak perasaan ke kekalahan pilihanraya antara sebabnya kepimpinan Pak Lah kutuk Tun M & rakyat jadi marah sebab rakyat sayang Tun M.
Lain kali jgn kutuk Tun M nanti johor pulak kalah dlm PRU.
Scomi dapat kontrak berbillion Pemuda Johor tak tahu ke?
Islam hadari mcm mana? Pemuda Johor sokong ke? Kalau sokong baguslah, patut la Pemuda Umno Johor skrg ni nampak alim2 semua.
Apa pun tlg lah kalau jadi Pemuda Umno, bercakap benar la walaupun pahit. Hentikan la budaya bodek membodek ni ye.

Anonymous said...

PKMB JOHOR perlu main peranan lebih. sepatutnya orang johor PM ke-6 dalam PKMB ni...



sedar PKMB Johor. orang johor semakin memahami apa itu penyalahgunaan kuasa,rasuah dan nepotisme pemimpin. jika kamu x ubah sikap dengan izin Allah pakatan akan mengambil alih kuasa di Johor.

ingat nasihat dari seorang anak johor.