Saturday, May 17, 2008

10 ingatan kepada Mukhriz

kelolaan : Mohd Faizal

Syabas kepada Mukhriz yang telah mengumumkan visi peribadinya sekiranya dipilih sebagai ketua pemuda umno di Johor Bahru semalam . Exco Pergerakan Pemuda UMNO ini berazam menggerakkan usaha menawan semula lima negeri yang diperintah oleh parti pembangkang pada pilihan raya akan datang jika diberi kepercayaan untuk memimpin sayap parti itu pada pemilihan Disember ini.

Kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, tanggungjawab untuk merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan parti pembangkang itu merupakan cabaran terbesar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Oleh itu, sesiapa juga yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan ini harus bersedia untuk memikul tanggungjawab dan cabaran besar ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum UMNO Pasca Pilihan Raya: Suara Hati Rakyat di Hotel M. Suites di sini hari ini.

Katanya lagi,, negeri yang ditawan parti pembangkang itu boleh ditawan semula sekiranya semua ahli UMNO bersatu padu dan bersama-sama memperjuangkan matlamat parti bagi menebus semula maruah agama, bangsa dan negara.

"Ini semua mampu kita laksanakan jika kepentingan rakyat menjadi keutamaan dan bukan kepentingan peribadi, keluarga, saudara mara mahupun rakan-rakan.

"Untuk menebus semula maruah bangsa, kita tidak harus mengamalkan sifat takut atau tidak berterus terang kerana itu semua tidak memberi kebaikan kepada parti," katanya.
Nota:

1.Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Mukhriz cuma satu persoalan yang menjadi tanda tanya adalah sekiranya Mukhriz tidak terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia apakah Mukhriz tidak akan berusaha untuk menawan kembali semua negeri yang telah ditawan oleh pembangkang. Apakah hanya dengan menjadi ketua pemuda UMNO sahaja Mukhriz akan berusaha untuk membantu UMNO.

2. Adalah lebih manis sekiranya Mukhriz berkempen secara tersendiri dan membayangkan kekuatan dan kualiti diri dari berkempen untuk memburukkan pemimpin negara dan meletakkan kesalahan kekalahan lima negeri ini kepada pemimpin tertinggi sahaja kerana Mukhriz juga bertanggungjawab untuk memmastikan UMNO tidak terlepas negeri-negeri ini pada pilihanraya yang lalu. Apakah sumbangan Mukhriz pada pilihanraya yang lalu.

3. Mukhriz juga perlu menghentikan perbuatan menikam pemimpin parti dan kempen besar-besaran sekarang memburukkan Presiden parti dan Naib Ketua Pemuda UMNO untuk menampilkan imej sebagai seorang calon yang berwibawa bukannya calon yang berdendam.



4. Imej yang dipotreykan oleh Mukhriz sekarang tidak ubah sebagai satu imej berdendam dan menikam calon yang akan bersaing dengan beliau menggunakan payung ayahnya. Cara yang mukhriz lakukan sekarang telah banyak menimbulkan reaksi yang kurang senang daripada pemuda sendiri kerana menggangap calon lain dalam UMNO sebagai musuh beliau yang paling besar dan tiada semangat setiakawan dalam pertandingan yang sepatutnya menjadi pertandingan kekeluargaan.

5. Mukhriz sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyumbang kekalahan barisan nasional yang kehilangan 4 negeri dan gagal menawan Kelantan kerana ayahanda beliau telah mengakui bahawa Tun adalah salah satu faktor kekalahan BN dalam PRU12 yang lalu. Mukhriz juga adalah antara satu penyebab Tsunami politik .

6.Nawaitu perlu diperbetulkan dan niat telah jelas , penentangan hebat dan pemburukkan besar-besaran yang berlaku sekarang adalah satu grand design Mukhriz untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.


7. Jika diperbandingkan trek politik antara Mukhriz dan KJ adalah hampir seimbang cuma KJ mengatasi Mukhriz dalam Pemuda UMNO.
Wakil Rakyat – Mukhriz _Ahli Dewan undangan Negeri dan KJ Ahli parlimen Rembau. Mukhriz anak kepada Mantan PM , Kj Menantu PM. Mukhriz Exco Pemuda – Kj adalah naib Ketua Pemuda. Pembabitan mereka dalam politik dalam jangka masa yang sama. Mukhriz lantang biadab kepada bapa mertua KJ . Kj menghormati dan menelan sahaja semua hinaan ayah Mukhriz kepada beliau dan keluarga.


8.Mukhriz sepatutnya berdiri kukuh dibelakang UMNO ketika UMNO menghadapi krisis dalaman yang melanda UMNO selepas pilihanraya yang lalu dan bukan bersekongkol dengan pembangkang untuk meruntuhkan UMNO dan untuk mendesak Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan , Mukhriz sepatutnya menjadi orang tengah antara ayahnya dan Perdana Menteri dan bukan menjadi petrol yang terus membakar dan memanaskan lagi keadaan dan berharap agar UMNO terus rentung.

9. Mukhriz sepatutnya menyatukan kembali UMNO dan bukan menjadi anai-anai yang cuba merobohkan institusi UMNO hanya kerana dendam peribadi antara keluarga Mukhriz dan keluarga Pak Lah.

10. Bertandinglah secara ‘Gentelman’ dan bukan dengan melontarkan kata-kata kesat memburukkan calon yang lain dan tampilkan kekuatan diri dan bukan memburukkan calon yang lain untuk menampilkan kekuatan diri.

6 comments:

Selatan said...

Adakala kawan rasa hairan juga , jika mereka ini sayangkan UMNO kenapa mereka mahu menghancurkan UMNO dan membuka ruang kepada pembangkang untuk menyerang pemimpin UMNO . PAS PKR DAP pernah kalah teruk tetapi ahli mereka tidak pula menyerang pemimpin mereka dan mereka berdiri tegap dan teguh di belakang pemimpin mereka. Hari ini kumpulan ini cuba melemahkan UMNO johor dan Johor merupakan sasaran mereka kerana 5 negeri telah di serang oleh pembangkang dan memudahkan mereka menghancurkan UMNO. Johor adalah kubu kuat UMNo dan mereka mahu melemahkan UMNO johor pula,Eloklah hentikan pertemuan nagatif ini dan sebaiknya ditumpukan kepada penyatuan UMNO.

Anonymous said...

betulah , jika mukhriz mahu bertanding, bertandinglah secara gentelman dan secara kekeluargaan kerana yang bertanding adalah terdiri dari ahli -ahli UMNO , kita tidak ada 2 atau 3 UMNO , yang mewakili UMNO dalam pilihanraya hanyalah satu UMNO. Mengapa pula memusuhi sesama UMNO bagaikan memusuhi UMNO sebagai pembangkang,
Ina melihat UMNO sekarang memusuhi sesama sendiri lebih dari memusuhi pembangkang. sehingga sanggup membuat satu forum bagi memburukkan Presdien UMNO, apakah ini satu perkara yang betul yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli UMNO. Pasca yang di adakan bukanya ditumpukan untuk memerangi pembangkang tetapi Untuk memerangi ahli UMNO juga,

Anonymous said...

Tahniah kerana Kelab penyokong maya UMNO (KPMU)telah melebarkan sayap dan telah berjaya menubuhkan kelab penyokong maya umno johor - Ini membuka peluang kepada kami untuk menyalurkan segala maklumat dan penerangan kepada semua pembaca melalui teknologi terkini dan pantas, dari Nurul - Utusan JB , malik , Hashim (gelang patah ) Ina Kulai , Azmanai dan Roy(pasir gudang )Subahan dan khairul (pengerang) Fatimah dan azhar (keluang) Faizul dan bahari ( Air hitam) Samion dan johari (Parit Sulung)Manaf dan Zarina (Pasir Gudang) Hasan dan Asmiun (Tampoi) Faridah , Hana , melati ( Bandar Baru Uda) Julia , Mahat dan Zainab ( Tebrau) Malik , Ismail , Hasan , Nasha , Mirza dan Kasmin Bujang ( Senai) Mohd Zain . Mustapha , Faizal , Marbawai , Hasnan (Pontian)Zul , wahab , Jamal , Karim , Sazali (Muar) Bismah , leman , Suhaimi (Batu Pahat)

Anonymous said...

Mukhriz Tun Mahathir pasti akan berjaya mengalahkan siapa sahaja yang akan melawan beliau bagi merebut kerusi ketua pemuda UMNO Malaysia kerana beliau lah yang paling layak jika dibandingkan dengan KJ atau sesiapa sahaja termasuklah Khir Toyo yang sedang desprate untuk mencari landasan untuk kembali katif dalam arena politik.Khir Toyo di katakan tidak layak untuk mengetua sayap UMNO ini memandangkan beliau tidak diminati dan telah banyak membuat kesilapan dalam pentadbiran ketika menjadi Menteri Besra Selangor dahulu, dengan itu Mukhriz adalah lebih layak dan KJ pula dikatakan akan memberikan tentangan kepada Mukhriz tetapi Mukhriz dikatakan lebih ramai penyokong akar umbi dan boleh menewaskan KJ.

Anonymous said...

Tak kesahlah jika Mukhriz boleh menangdan jadi Ketua pemuda UMNO yang penting disini hentikan lah memburukkan UMNO dan pemimpin tertinggi UMNO, Apa masalah dengan Mukhriz dan Tun , apakah kerana kebencian keluarga beliau , beliau mahu menarik orang lain terlibat sekali dalam kemelut kebencian keluaraga mereka. Kami pentingkan UMNO dan Bukan pentingkan keluaraga pemimpin, hentikanlah kerja-kerja ini kerana rakyat telah mula merasakan muak dan jelak akan tingakh laku Tun dan juga penasihat-penasihat bingai Tun.

Anonymous said...

Mukhriz atau Tun , sama saja satu acuan. Mukhriz mahu mengikut jejak Tun dan Mukhriz berharap dapat menjadi Perdana Menteri seperti mana ayahnya yang berkuasa selama 22 tahun sehingggakan UMNO jadi hancur bochai dan kami keluatr beramai-ramai kerana bencikan Tun dan kini kami berjaya mebuktikan kepada Tun bahawa kami boleh menggugat UMNO itu sendiri.