Sunday, May 18, 2008

Kita hanya dapat ucapkan Selamat Jalan Kepada Tun

Elisya Hamdan utk Kpmu Selatan

Kita tidak dapat berkata apa-apa apabila Tun telah mengumumkan untuk keluar dari parti di hadapan 1000 orang ahli UMNO ketika berucap pada satu majlis yang dianjurkan oleh Himpunan Melayu Kedah di Alor Star pagi ini.


Beliau juga menyeru agar ketua cawangan dan ketua bahagian keluar dari parti sehingga Perdana Menteri meletakan jawatan.Itu hak beliau untuk menyeru , kita hanya tunggu apakah tindakan UMNO selanjutnya dan apakah respons ahli UMNO seterusnya dan ini mungkin adalah senjata akhir Tun dalam usaha untuk mendesak Perdana Menteri meletakan jawatan.

Di sini juga merupakan ukuran sejauh mana sokongan terhadap Tun selama ini oleh ahli akar umbi dan pemimpin UMNO. Kita perlu sedar sokongan kita adalah pada parti dan bukan kepada pemimpin individu.

Usaha meletakan jawatan sebenarnya bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik bagi sebuah parti dan sifat ini adalah satu sifat yang tidak matang . Cara yang Tun lakukan ini adalah satu cara diktaktor (kuku besi) di mana beliau mahukan semua ahli mengikut kehendaknya dan jika tidak mahu , beliau akan keluar parti , ini adalah satu ugutan.

Ahli UMNO sebenarnya telah merasa bosan dengan cara diktaktor Tun kerana selama ini kita perlu mengikuti sahaja kehendak Tun dan Tun akan dapat apa yang dimahukan selama ini dengan melakukan apa juga cara untuk mencapai matlamatnya.

Mungkin ramai yang akan mengikuti langkah Tun dan mungkin juga laman Pro Tun akan membuang slogan kelab menyokong UMNO kerana Tun tidak lagi berada dalam UMNO dan mungkin mereka juga akan menjadi orang yang pertama mengikuti jejak Tun keluar dari UMNO. Mungkin ada baiknya kerana ianya tidak akan lagi mencemarkan nama baik UMNO dalam setiap program yang mereka lakukan untuk memburukkan pemimpin UMNO dan kita dapat bezakan antara ahli UMNO dan juga bukan ahli UMNO.

27 comments:

Anonymous said...

Memang kita menyokong Tun tetapi kita tidak boleh menyokong membabi buta, kita juga tidak boleh melayan kerenah pemimpin secara individu kerana yang kita sokong adalah Parti UMNO. Kita amat sedih bila Tun tidak lagi akan bersama kita untuk memperjuangkan UMNO.Tun mungkin tersilap mendapat nasihat dan kami hairan mengapa Tun selalu membuat kesilapan yang besar. kami tidak mampu lagi membuat kesilapan kerana UMNO hampir hancus, kami merelakan pemergian Tun untuk kebaikan parti kerana makain lama tun mengkritik melalui landasan UMNO makin sukar kami memperjuangkan UMNO, apakah akan klahir semangat UMNO baru dimana Tun adalah pengasas UMNO baru.

Anonymous said...

Aku balik membawa perkhabaran yang ku sangkakan buruk untuk ayah, Ayaha Tun keluar dari UMNO. Ayah hanya berdiam diri dan membisu apabila ku sampaikan perkhabaran ini, ayah dengar tak apa yang adik sampaikan ini jelas ku lagi, dia hanya menjawab ..... Biarkan lah..... itu saja.....

Anonymous said...

Apakah pertemuan Tun dengan Najib sebelum ini tidak mendatangkan hasil atau pun apakah ada muslihat Tun yang telah dirancang setelah bertemu dengan Najib.
ada dua perkara yang mungkin berlaku.
1) Najib menolak cadangan Tun
2) Tun ada menjanjikan sesuatu dengan Najib,
Tetapi ini adalah merupakan peluru akhir Tun dan tidak mungkin Tun akan lakukan sekiranya beliau tidak terdesak kerana Tun tahu untuk menjatuhkan Pak lah dari luar sememang amat sukar melainkan Tun dapat membawa semua ahli parti keluar dari parti yg mungkin sukar untuk terjadi.
Kita tunggu saja apakah reaksi ahli UMNO selepas ini, Mungkin ianya kan menjadi bertambah baik dan mungkin iannya akan menajdi bertambah parah.

Anonymous said...

Aku rasa Tun membuat kesilapan lagi , Tun sepatutnya tidak keluar dari parti kerana ianya lebih sukar untuk Tun bertindak jika dia berada di luar parti, ini giliran Tun pula untuk menubuhkan parti serpihan UMNO jika dahulu dia yang memaksa ahli UMNO menubuhkan parti serpihan kini masa tun pula untuk menubuhkan parti serpihan itu.

Anonymous said...

tiada desakan yang dikenakan terhadap tun , yang mendesak adalah Tun sendiri , tetapi apabila desakan beliau tidak dapat diterima sehingga beliau sendiri yang tidak dapat menahan tekanan desakan itu akhirnya beliau yang mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO. Nampaknya apa yg Tun pernah lakukan kepada bekas -bekas Perdana Menteri yang lalu kini berlang dan terjadi kepada dirinya sendiri.Namun ramai yg tidak terperanjat dan ramai yg telah menduga dan ramai sebenarnya yang mengharapkan ini agar terjadi.

Anonymous said...

Setujun dengan kata-kata Tun Musa Hitam , Duri dalam Daging sudah terkeluar, Mahthirisma sudah berakhir. Kita sudah lama sangat terkongkong dalam Idea-idea dan duduk dibawah ketiak Mahathir. Eloklah dia berehat sementara menunggu Pak Lah letak jawatan, kalau sempat. Berihat di luar UMNO. Pergi lah makan angin kat mana-mana , intai-intailah umah PAS atau umah DAP kalau -kalau diaorang ajak singgah minum kopi seketika.Mana tahu dahulu pun dah minum semeja dengan lim Kit siang dan Hj Hadi dan berbicara mengenai poerkara yang sama dan sealiran.

Anonymous said...

waktu terus berlalu , masa tidak akan menunggu kita. UMNO perlu teruskan perjuangan , suka atau tidak mahu atau tidak UMNO must go on , with or without Tun. Sebenarnya UMNO sudah mengharapkan meneruskan perjuangan tanpa Tun the moment Tun kata nak letak kan jawatan, tetapi setahun selepas itu Tun kembali lagi...kembali aktif dengan cara yang lain pula dengan cara mengkritik UMNO. UMNO tersekat dan tersedak-sedak , perjuangan UMNO terganggu dan terus terganggu. Ramai yang mengharap agar Tun teruskan niatnya yang mahu bersara. tapi Tun enggan , akhirnya Tun akan keluar parti , harap dipujuk , harapan beliau agar ramai yang akan mengikuti perjuangan beliau. UMNO ini lain...Tun . jika hati mereka menebal sayangkan UMNO tidak semudah itu mereka akan meninggalkan UMNO.

Anonymous said...

Rais yatim berharap Tun tidak akan menggangu UMNO selepas ini.Kini ramai yang telah mula bersuara. Musa Hitam berkata - Duri dalam daging telah Terkeluar. Datuk Noraini pula berkata - Tun tidak lakukan apa yang dia dahulu kata, Azalina berkata - ini membuka ruang untuk pembangkang.Mukhriz kata Tunggu dulu , dia nak fikirkan dalam jangka masa dua atau tiga hari lagi,

Anonymous said...

Nampaknya UMNO akan hancur dan UMNO kini sudah nyanyuk kerana usianya kini tekah 62 tahun. Kita gantikan UMNO dengan parti baru. PKR sebuah parti muda perlu mengambil alih UMNO bagi kepentingan Melayu dan hanya PKR sahaja yang masih bertenaga kerana UMNO sudah letih. Selamat jalan UMNO.

Anonymous said...

Apakah Tun sudah lupa (atau memang pelupa) apabila perkara yang dilakukan ini adalah sama seperti apa yang berlaku pada tahun 1987.Tindakan Tun seolah-olah mengikut jejak langkah Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman yang berkesudahan Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46.

Adakah mungkin Tun akan sebegitu, keluar parti dan kemudian menubuhkan parti lain bersama kroni-kroni yang kini masih bersembunyi dibawah ketiak Tun atau berkemungkinan Tun akan memilih parti-parti pembangkang sedia ada untuk meneruskan karier politik beliau?

Anonymous said...

Sementara itu, desakan meletakkan jawatan juga perlu dilakukan terhadap Datuk Mukhriz yang dimaklumkan sebelum ini akan kebiadapan beliau mendesak PM berundur jelas menandakan Muhkrix tidak setia kepada pemimpin dan parti.Susulan kenyataan bapanya meletakkan jawatan, Mukhriz kini dihujani pelbagai pertanyaan mengenai tindakan bapanya itu sekaligus menantikan reaksi Muhkriz sendiri sebagai anak.Apa yang pasti, masih ramai diluar sana menantikan reaksi si anak kepada bapanya.

Yang pasti, apa yang berlaku di antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Abdullah bukanlah contoh teladan yang baik untuk di ikuti.Ianya sangatlah menghampakan semua ahli UMNO dan suasana umpama diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Jalan keluar pastinya sukar tetapi ia perlu ditangani segera kerana perjuangan UMNO bukan untuk mempertahankan pemimpin tetapi jauh lebih besar dari itu.Situasi ini seperti menang jadi arang, kalah jadi abu..dan ianya tidak akan sesekali dibenarkan daripada berlaku kerana in tidak langsung mencerminkan usaha untuk mengukuhkan parti sebaliknya melemahkan UMNO.

Suasana seperti hari ini sangat tidak diperlukan dan ianya tidak berlaku adil kepada generasi muda yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.Namun, siapalah kita untuk nasihatkan, cuma ketepikanlah perbezaan dan carilah titik persamaan dengan duduk berbincang demi masa depan UMNO dan orang-orang Melayu.

Anonymous said...

Satu perkara yang rakyat dan orang-orang Umno perlu sedar, dalam era kepimpinan Pak Lah, sikap keterbukaannya menyebabkan ada segelintir anak-anak muda dan 'orang-orang pencen' mahu bercakap ikut sesuka hati. Mereka tidak pernah ada perasaan menghormati pemimpin dan mereka
'taksub dengan pemikiran sendiri' seolah-olah mereka sahaja yang betul, sedangkan orang lain tidak.



Kita tidak perlu mendesak kepimpinan 'berbuat sesuatu' terhadap orang-orang ini tetapi perlulah mereka ini 'ditegur' dengan sedikit teguran yang 'berupa penampar' ke muka mereka.

Anonymous said...

“Saya antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) keluar daripada UMNO.

“Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan,”

“Sepatutnya semakin tua, beliau semakin tenang dan bahagia tapi kini tidak kerana fikirannya semakin kusut. Ini kerana UMNO adalah sebuah parti sesat yang menyesatkan.

“Saya sebenarnya amat sanjung dan hargai kebijaksanaan Dr. Mahathir malah ucapan bernas beliau juga saya selalu ikut dan pegang tetapi yang jadi masalah ialah dia salah guna nikmat itu untuk sekular.

“Antara yang paling saya suka ialah semasa dia menyerang Yahudi dan menggalakkan syarikat besar negara mencari dan membuat pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh Petronas,”

tapi sekarang ni, senang cerita..dah keluar, buatlah cara keluar..jangan dok sibuk lagi hal2 UMNO.

Anonymous said...

TDM dh kuar UMNO..Alhamdulillah..bleh lah pak lah set up balik UMNO dgn aman tanpa gangguan drpd org yg giler dan nyanyuk mcm TDM tu.

Anonymous said...

aku bukan tak sokong tun mahathir. dulu masa dia lepaskan jawatan PM aku menangis tau.sedeih mengenangkan dia banyak berjasa pada negara ni.

tp skang aku lagi sedih. kenapa tun sanggup mengucar-kacirkan keadaan politik negara ini sedangkan beliau sendiri org yg amat sayangkan UMNO.

bukan ini caraya Tun harus lakukan..bukan dengan mengeruhkan keadaan...

Anonymous said...

apa nak jadi pada Tun ni...aku dah tak respect dia dah..serius buang masa aku sokong arg macam ni..

Anonymous said...

perjuangan UMNO bukan bergantung pada Tun. so, apa yang nak dikisahkan?bye bye bye jelah pd Tun..yang ada teruskan perjuangan demi agama bangsa dan negara kita, Malaysia!

Anonymous said...

jiwa

Tun dah melampau,cube kita selidik betul2 kemelut UMNO ni bukannye 100% datang dari Pak Lah...(bukan sokong Pak Lah) tapi kalau nk diikutkan Tun sendiri yg membuat huru hara dalam UMNO..mengeluarkan kenyataan yg menyebabkan orang MELAYU sesama MELAYU dalam UMNO bertelagah..bagus jugak la Tun berundur.

Anonymous said...

Dari Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: “Sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka kepada aku maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku dan sesiapa yang menderhaka pemerintah maka dia telah derhaka kepada aku” (Sahih Muslim : No. 3417)

Anonymous said...

TunKarat

ni dah dok keluor jgn dok bising2 lagi...sendiri pecahkan melayu nak salahkan org lain..keluar dari UMNO pun dh bg point kat pembangkang nk hentam UMNO.sudahlah Tun taik yg Tun buang selama 22 thn tidak mudah nak dibersihkan dalam masa 6 tahun. pikir lah sendiri..

Anonymous said...

SelatanUtara

Bagus la Tun dah keluar..letih la nak melayan karenah org tua nyanyuk tau..bukan senang..ibarat kita melayan karenah anak2 kecil kita..yg kejap menagis kejap menjerit kejap tertawa..sampai kadang2 tu menguji kesabaran kita..tapi itu budak masih ada seronok nye..tapi kalau org tua..bak kata pepatah dah buang tebiat tu...namanye

Anonymous said...

Minyak Sawit

Aku betul2 tak sangka org yg satu masa dulu aku respect..tapi akhirnya org yg memecah belahkan org melayu especially in UMNO. apa la nk jadi? ni ke cara org melayu??? buat malu kaum betul..

Anonymous said...

bebudak umno fikirlah baik2,
faham atau tak faham tentang perjuangan?
Macam-macam jenis perjuangan:
Pertama ku sebutkan, untuk PERUT..
Kedua dan seterusnya kalian isikan......

sekarang mana ada yg "impossible"..
tanda2 untuk hancus.

Anonymous said...

puas dah orang tua tu merayau2 dari utara ke selatan dan dari selatan ke utara.Tak faham2 lagi ke?
Bayangan tanah Iskandar pemilik siapa akan datang? pun kau orang selatan tak nampak. Apa pula anak cucu kau? Dah stable ke orang selatan?
Entah lah kau orang ni.Aku doakan orang tua tu sehat sentiasa.

Anonymous said...

NewRule

Tun bukan hanya mengucar kacirkan Parti dan Melayu tetapi beliau juga tidak mengambil langkah menyelesaikan masalah sebaliknya membuka dan memberi peluang serta kelebihan kepada pembangkang...apa ini yang Tun mahu? ingat lah kembali dizaman pemeritahan mu dahulu wahai Tun

Anonymous said...

bagus utk pak lah la, Tun x lg pressure Paklah, dgn cara ini Paklah as a president blh buat decision sendiri.... tp ada gak la negatifnya if tun kuar... sbb tun leh ckp kat luaq n setipa ckp dia mempengaruhi rakyat especially cina yg mana leh jd pembangkang.Tun leh guna pengaruh luar....

Unknown said...

Jika anda pernah mempelajari Termodinamik, pasti anda akan bertemu dengan istilah "Entalpi". Jika dibandingkan keadaan UMNO dengan istilah tersebut, maka apa yang dapat diperkatakan ialah UMNO sedang mengalami darjah kekucar-kaciran yang amat tinggi. Jika ia terus meningkat tanpa kawalan, keseluruhan sistem akan runtuh.

Dikhuatiri dalam pada kita sibuk-sibuk mengucapkan "Selamat Jalan Kepada Tun", jangan lupa bahawa silap haribulan kita terpaksa sibuk-sibuk mengucapkan "Selamat Jalan Kepada UMNO".

Hari ini TDM keluar UMNO, hari esok belum tentu Pak Lah masih dalam UMNO. Oleh itu, hati-hati dengan "entalpi".