Monday, May 12, 2008

Batalkan Bina “Jambatan Bengkok” – UMNO JOhor Bahru Sokong YB Dato’ Shahrir.

Oleh : Borhan Bin Kassim.

Saranan yang dibuat oleh YB Dato Shahrir tentang pembatalan “Jambatan Bengkok” bagi mengantikan tambak johor merupakan satu saranan yang betul dan tepat pada masanya. Hasrat negara kita untuk membina jabatan ini sejak daripada mula lagi telah dilihat dan ditafsirkan oleh Singapura dengan rasa curiga sehinggakan kadangkala alasan yang diberi oleh perintah negara tidak musasabah. Contohnya bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong, beliau tidak mahu merobohkan tambak tersebut kerana banyak nostalgia.

Begitu juga dalam isu perkhidmatan keretapi KTM yang ketika ini berakhir di Tanjung Pagar, pihak negara tersebut seolah-olah tidak membenarkan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarintin (CIQ) dibina sedangkan jika dikaji kemungkinan besar perkhidmatan keretapi ke negara tersebut tidak membawa keuntungan kepada KTM.

Kita tidak mahu nanti dengan adanya dua perkara ini yang tidak membawa faedah yang besar kepada negara akan dijadikan alasan oleh Singapura untuk membuat perbagai-bagai pemintaan terutama sekali dalam hal-hal berhubung isu tertangguh antara kedua-kedua negara yang rundinganya akan diadakan pada bulan depan.

Selama ini kita dapati negara kita banyak beralah sehinggakan dalam perkara-perkara yang tidak masuk akal pun kita mengalah, contohnya soal harga air, sampai bila kita harus mengalah ?. Sesungguh apa yang telah disarankan oleh YB Dato’ Shahrir perlu di renung dan difikirkan dengan teliti. Bagi pihak UMNO Bahagian Johor Bahru, kami tetap berdiri teguh dibelakang pemimpin kami. Kami yang tinggal di Bandaraya Johor Bahru begitu dekat sekali dengan Singapura dan kami lebih maklum tentang isu-isu yang ada disini. Apalah guna duit yang banyak di curah kepada perkara yang kurang mendesak. Adalah lebih baik wang itu dilaburkan untuk keperluan dan keindahan Bandaraya ini bagi kesejahteraan rakyat dan Warga Johor.

No comments: