Sunday, May 18, 2008

Tun terlalu manja dan sering silap

Oleh : Tun Teja

Kata Mahathir lagi, soal pengganti Abdullah tidak perlu dibimbangkan. Sesiapa sahaja yang diberikan kepercayaan pasti mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Inilah kata-kata Tun dalam ucaptama di forum Pasca di Johor sabtu lalu.

Yang penting Pak Lah perlu disingkirkan. Di sini jelas kita lihat Tun sendiri tidak ada perancangan untuk mencari siapa penganti Pak Lah dan Tun terus melatah dan akan melakukan kesilapan lagi setelah beliau melakukan banyak kesilapan dalam keputusan penting beliau sebelum ini. Silap melantik Anwar Ibrahim, silap memilih Musa Hitam, silap menyingkir Tun Ghafar , silap memilih Pak Lah.


Apakah Tun sebenar silap atau Tun yang benar-benar silap.Tidak mustahil orang yang akan menggantikan Pak Lah nanti juga akan menjadi satu kesilapan lagi dan setiap kali berlaku kesilapan , setaip kali juga akan membebankan UMNO dan UMNO mengalami perpecahan. Lama -lama UMNO akan hancur dalam tangan Tun.


Berapa kali sudah UMNO berpecah dibawah tangan Tun...... Lahirnya semangat 46, Lahirnya PKR dan kini lahir pula satu kumpulan dalam UMNO yang bagaikan Anai-Anai yang mahu menghancurkan UMNO.


UMNO asli sudah tiada , UMNO sekarang bermula dengan ahli pertama yang bernama Tun Dr Mahahthir Mohamad dengan no keahlian 000000001. Tun telah merubah sejarah UMNO untuk memiliki UMNO secara mutlak, Tun juga telah mengikis pengasas UMNO asli , Dato' Onn Jaafar dan Tun juga telah menghakiskan keahlian pemimpin dan pejuang UMNO yang lalau seperti Allahyarham Tun Abdul Razak, Tengku Abdul Rahman , Tun Dr Ismail , Tun Hussein On n.

Berapakah Nombor keahlian mereka dan adakah mereka ini tersenarai dalam senarai nama ahli UMNO?

Tidak kah Tun mempunyai cara lain dalam mengendalikan perjalanan politik tanah air , hanya dengan mahu menyingkir sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan beliau ?

Itulah Tun terlalu manja, sehingga mengadu kepada awam mengatakan Pak Lah menghalang beliau bertemu dengan Najib, dalam dunia morden ini tidak siapa boleh menghalang sesiapa bertemu dengan sesiapa , kita ada kecanggihan internet, telifon bimbit dan bermacam-macam lagi. Tapi nawaitu Tun sebenarnya mahu menekan dan memburukan Pak Lah. Akhirnya beliau bertemu juga,

Bila bertemu, ceritanya sama saja , memburukkan UMNO dan pemimpin UMNO . Memburukkan presiden UMNO dan pemimpin UMNO , samalah seperti memburukkan UMNO.

2 comments:

Anonymous said...

Kadang kala kita tidak faham, apakah TYun ini sebenarnya sayang kan UMNO atau menggunkan UMNO untuk kepentingan diri semdiri. Berapa banyak pemimpin UMNO telah tumbang dicincang oleh beliau. Tidak akan ada satu pemimpin UMNO yang boleh mengatasi kehebatan beliau kerana pasti semua akan dicincang lumat . Sejarah telah membuktikan , Musa Hitam , Tun Ghafar , Allahyarham Tun Husein Onn, Allahyarham Tengku Abdul Rahman , Anwar Ibrahim (ini patutlah) Pak Lah , semuanya mempunyai masalah dengan Tun. Hanya Tun sahaja yang bijak dan hanya Tun sahaja yang boleh memimpin UMNO. Orang lain semuanya tidak boleh. Apakah Tun akan terus bergelumang dengan UMNO 1000 tahun lagi.

Anonymous said...

Tun jugalah yang akan merobohkan UMNO, kami keluar UMNO dan menyertai PKR adalah kerana bencikan Tun , kini Tun menerima balasan yang setimpal atas dosa-dosa yang pernah beliau lakukan. Aruah Fadzil Noor pernah berkata , Tun akan menerima balasan ketika masih di dunia . Benar apa yang di katakan oleh allahyarham ini. Tun kini menelan kembali apa yang pernah dilakukan nya dahulu.