Tuesday, May 20, 2008

UMNO perlu bersih dari orang macam Puad

oleh: Din Senai
Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO memberikan isyarat yang jelas bahawa pelan peralihan kuasa perlu dilaksanakan segera, demikian ditegaskan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd Puad Zarkashi.


Beliau yang menghormati keputusan Dr. Mahathir itu berkata, bagi meredakan keadaaan dan memastikan parti terus mendapat sokongan, beliau berpendapat cadangan pelan peralihan kuasa yang disebut sendiri oleh Perdana Menteri mesti segera dilaksanakan.

“Bagi saya, peralihan kuasa perlu segera dilaksanakan bagi mengelakkan UMNO porak peranda,” ujarnya sambil menambah pendiriannya itu berdasarkan perkembangan sudah ada ahli-ahli di peringkat akar umbi yang menghubunginya mahu mengikuti jejak langkah Dr.

Mahathir meninggalkan parti. Ditanya, adakah beliau akan mengikut jejak bekas Perdana Menteri itu, beliau menjelaskan, beliau akan terus berada dalam parti kerana yakin penyelesaian sesuatu amsalah boleh dibuat secara dalaman.

Beliau turut menjelaskan, ekoran keputusan yang dibuat oleh bekas Presiden UMNO selama 22 tahun tersebut, beliau menerima banyak panggilan telefon dan mesej melalaui sistem pesanan ringkas (SMS) yang menzahirkan hasrat mereka untuk mengambil langkah yang sama sebagai tanda protes kepada kepimpinan parti

Sejak bila pula Puad dilantik bercakap untuk pihak akar umbi, itu pendapat peribadai Puad , tidak semestinya Pak Lah terpaksa ikut cakap Mahathir,jika tidak Mahathir akan keluar parti. Jika itu pilihan Mahathir kita menghormati dan tidak semestinya kita kena turut kemahuan Mahahthir.

Jika Puad juga tidak puas hati dengan kepmipinan UMNO , Puad juga boleh keluar parti bersama Tun kerana selama ini pun UMNO tidak lagi mendapat kerjasama dan bantuan dari kumpulan Puad ini melainkan mendesak dan sentiasa tidak puas hati.

Di Johor juga ramai ahli UMNO yang mahu Puad turut langkah Tun, apa guna lagi bernaung di bawah UMNO jika tidak menghormati pucuk kepimpinan UMNO. Malangnya Puad penakut dan hanya berani menyalak tetapi tidak berani bertindak seperti yang dilakukan oleh Tun Dr Mahahthir.


UMN O perlu dibersihkan dari orang-orang seperti Puad ini.


8 comments:

Anonymous said...

Sungguh memalukan orang-orang Johor, apa-apa pun Puad terpaksa mencari jalan selamat . Puad yang mahu tunjuk pandai dan mencari publisiti murahan akhirnya terjerat dalam kancah najis yang ditaburnya sendiri.

Anonymous said...

Kami juga mencabar Puad zarkashi untuk keluar dari UMNO- Kami dah tak larat dedngan Puad kerana UMNO bukan lagi tempat Puad . Puad jangan jadi pondan , alang-alang jadi gengster dusun , jadilah gengster yang berani , Kenapa tak ikut Tun, Tun kan seru semua ahli UMNO keluar. Bukan berapa kerat sangat sebenarnya yang sokong apa yg Tun sarankan , ahli UMNO sebenar dah bosan, baru tahu ke........

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Puas Zarkashi telah meraakan bahawa diri nya lagi besar dari Perdana Menteri dan konon nya beliau lah seorang dalam Johor yang sayangkan UMNO, orang lain tak sayangkan UMNO. Orang lain pun sayangkan juga UMNO tapi bukan cara bodoh Puad yang nak tunjuk lagak dan kononya dialah yang paling cintakan UMNO. Tak payahlah puad nak berlagak, mendesak ketua untuk berundur bukan cara yang betul. tidak pernah kita dengar pemimpin pembangkang didesak oleh ahli mereka kerana kalahj dalam pilihanraya, mereka bersatu dibelakang kepimpinan mereka. sebenarnya mereka yang mendesak PM letak jawatan adalah semua yang berkepentingan diri, Muhiyuddin yassin mahu timbalan Perdana menteri, Ku Li mahu jadi perdana menteri, Mukhriz mahu jadi ketua pemuda UMNO, Khir Toyo mahu kuasa balik, Puad mahu jadi MT kot...kalau layak lah.... Ruhanie Ahmad mahu ajdi ahli parlimen balik, Tun mahu business anak-anak dan kroni disambung semula. Macam ini sajalah puad...boleh Blahhhhh lahhhhhh

Anonymous said...

Rasuah Politik Pasca PRU-12?

Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti.

Anonymous said...

Go Go Puad , teruskan usaha murni kamu untuk selamatkan UMNO

Unknown said...

UMNO perlu bersih dari orang macam Puad.

UMNO juga perlu bersih dari orang macam Pak Lah.

Sekian, terima kasih.

Panglima Perang Cyber said...

Jangan lupa Dr Khir, Ali Habshee juga kena membontoti Tun Mahathir lah jika benar benar setia kawan.

Itu pendapat saya...